SRISS
Pendaftaran Untuk 2008 Di Buka Sekarang
Sila isi borang pra-pendaftaran di sebelah.
Bertitik tolah dengan niat ikhlas serta di dokong oleh beberapa tenaga penggerak yang mahukan anak-anak bangsa yang menjadi generasi yang BERTAKWA , BERILMU serta BERAMAL. Maka tertubuhlah sebuah sekolah yangdi namakan SEKOLAH RENDAH INTEGRASI IBNU SINA. Nama ini dipetik selaras dengan kewibawaan tokoh ilmuan Islam tersohor bagi merangsang minda anak-anak untuk lebih berwibawa dan bersemangat tinggi.
Sekolah Rendah Integrasi Ibnu Sina diasaskan diatas kesedaran betapa pentingnya memberi pendidikan bersepadu melalui konsep integrasi iaitu selain menekankan pembelajaran akademik, pendidikan islam secara konsisten amat perlu kepada anak-anak dalam menghadapi gelombang globalisasi yang tiada berpenghujung ini.
Oleh itu marilah kita bersama mendokong hasrat tersebut dengan memberi kerjasama bagi memastikan serta generasi akan datang mendapat didikan yang boleh menyelamatkan dunia dan akhirat. INSYAALLAH.
Falsafah Pendidikan SRIIS
- Pendidikan di SRIIS merupakan satu usaha yang berterusan ke arah yang melahirkan generasi yang unggul dari semua aspek akademik mahupun pendidikan Islam
- Berusaha menerusi pembentukan peribadi terpuji yang bertujuan mempersiapkan diri menjadi warga yang berdedikasi.
- Memerapkan nilai-nilai Islam sejajar dengan matapelajaran lain bagi menguatkan jiwa dan minda untuk menyusuri kehidupan yang penuh pancaroba dimasa hadapan.
Visi SRIIS
Sentiasa menekankan konsep 3B bagi menjana generasi BERTAQWA, BERILMU dan BERAMAL
Misi SRIIS
Meningkat kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang lebih sistematik dan berdisiplin bagi menyahut wawasan serta gagasan dasar pelajaran kebangsaan dengan menerapkan unsur-unsur Islam di dalamnya.
KURIKULUM
Kurikulum adalah mengikut yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pelajaran juga akan diberi penekanan didalam pendidikan komputer dan hafazan.
Selain dari itu sekolah akan mengadakan kem motivasi, bengkel dan kelas tambahan dari masa ke semasa.
PEPERIKSAAN
Menguruskan peperiksaan;
UPKK - Ujian Penilaian Kelas KAFA
PSRA - Penialian Sekolah Rendah Agama dan
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
Pakaian Seragam
Lelaki
Baju kemeja lengan pendek berwarna coklat kekuningan
Seluar panjang coklat tua.
Perempuan
Baju kurung berwarna coklat kekuningan
Seluar coklat tua.(Jubah seluar)
Tudung labuh coklat kekuningan